Selasa, 10 Mac 2015

Membanding-banding

Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kerana kau yang selalu menjadi contoh. Memang senang kau cakap untuk minta aku berbuat baik kepadanya. Tapi kau tak ada di tempat aku. Selalu dia kata "cuba kau lihat yang lain tu". Mengapa dia masih tak faham dengan aku. Aku tak suka jika aku dibandingkan dengan orang lain. Itu bukannya cara untuk menyuruh aku berubah.

#akutaksukadibandingkandenganyanglain

10/03/15   8:37pm

Soalan yang Tiada Jawapan

Kamu ni ikut perangai siapa? Kenapa lain sangat perangai kamu ni dengan yang lain?
Kamu ni bila nak berubah?

#muakdengansoalanbegini
10/3/15   8:30pm

Rabu, 4 Mac 2015

Ragam manusia

Petang tadi, aku pergi pasar dengan one of my member. Masa nak balik tu, aku stop dekat traficlight. Masa tengah tunggu lampu hijau, aku pandang la kiri kanan. Tiba2 aku nampak 1 kejadian ni. Ada satu family ni(bukan orang melayu) husband dia tuntun motor, wife dia ikut dekat belakang sambil gendong anak. Time tu aku kesian la dekat family tu. Kesian sebab motor rosak. Sampai je dekat seberang jalan, si husband start motor dan pergi macam tu je. Aku tergamam. Aku tengok la si wife pulak, dia pon tergamam. Anak yang dia gendong tu, tengokkan je si husband. Lepas tu si wife ni cari la tempat berteduh. Masa tu aku tak tau nak cakap apa. Kenapa husband dia pergi tinggalkan wife dia macam tu je? Kenapa agaknya?

Selasa, 3 Mac 2015

Hati bercelaru

Aku tak tau apa yang aku rasa sekarang ni. Semuanya bercampur baur. Otak aku kosong. Nak menangis tapi tak boleh. Nak menangis pasal apa pon aku tak tau. I want to be alone. I want to go somewhere that no one know me. Tapi ke mana?

Erti kahwin pada aku

Prinsip dalam hidup aku adalah, aku tak kan masuk ke alam perkahwinan sebelum umur aku 25 dan ke atas.
Sebab bila aku masuk ke alam tu, aku dah tak boleh bebas. Aku tak boleh nak buat semua benda.
Aku dah tanam kat diri aku, bila aku jadi isteri aku kena duduk rumah jaga family. Itu prinsip yang aku kena pegang. Kecuali ada sebab2 yang tertentu. (Itu aku akan tulis pada entri baru nanti.)
Sebenarnya, selagi aku tak ada rumah or kereta or senang kata, selagi aku tak kaya, belum masanya untuk aku kahwin. Tapi kalau dah sampai  jodoh, siapa yang boleh menolak.
#perbelitankata
#rasadown