Sabtu, 24 Oktober 2015

Final exam

Lusa saya dah start exam!!!!
26/10= TiTaS & BI,
31/10=MikroKomputer,
4/11= Pengenalan Perniagaan,
5/11= Prinsip Pengurusan,
6/11= MikroEkonomi
Semakin dekat exam semakin aku malas untuk Study. Macam mana ni? Noor Atira, kenapa boleh jadi macam ni? Nak perkara lepas jadi kembali? Nak reault yang teruk lagi? Cukup la dengan yang dulu. Nak sampai bila macam ni? Please stop buat benda BODOH lagi. Wake up! You can do it! You must do it!
24/10/15 SATURDAY 11:23pm

Selasa, 20 Oktober 2015

Diri Sendiri

Susahnya untuk menjadi diri sendiri. Aku rasa, aku takut untuk jadi diri sendiri. Sebab aku tahu, kalau diri aku yang sebenar tak elok. Tapi, aku rasa aku masih tak kenal dengan diri aku. Tapi sampai bila? Sampai bila aku nak tak nak kenal diri aku sendiri. Sampai bila aku nak ikut orang? Sampaikan kadang-kadang aku lemas dengan apa yang aku buat. Rasa semua tu pura-pura. Tapi untuk apa? Nak tunjuk kat orang yang aku ni bagus? Nak cari perhatian orang? Come on Atira. Be yourself. Show to everyone that you can be yourself. Show to then who you truely are. Don't give up to know yourself. Keep it up.
#beyourself
#21ftOct2015
#tuesday1:35am

Khamis, 15 Oktober 2015

Awak...

Awak, awak kawan saya... awak juga roomate, coursmate, classmate saya. Saya sayangkan awak. Tapi kenapa awak jadi macam ni. Saya sedih tengok awak sekarang. Di mana janji-janji awak dahulu? Kenapa benda yang lepas awak ulangi lagi. Awak tak takut ke dengan persepsi orang terhadap awak? Macam mana pula dengan persepsi Allah? Saya hanya boleh mengingatkan awak. Menegur. Tapi kalau apa yang saya katakan hanya bagai angin lalu nak buat apa?
Ku Shryrina Ku Amri, please... jangan ulangi kesilapan lama awak... Please mohon kembalikan rasa malu awak. Please, abaikan dia. Saya sayang awak...

Selasa, 10 Mac 2015

Membanding-banding

Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kerana kau yang selalu menjadi contoh. Memang senang kau cakap untuk minta aku berbuat baik kepadanya. Tapi kau tak ada di tempat aku. Selalu dia kata "cuba kau lihat yang lain tu". Mengapa dia masih tak faham dengan aku. Aku tak suka jika aku dibandingkan dengan orang lain. Itu bukannya cara untuk menyuruh aku berubah.

#akutaksukadibandingkandenganyanglain

10/03/15   8:37pm

Soalan yang Tiada Jawapan

Kamu ni ikut perangai siapa? Kenapa lain sangat perangai kamu ni dengan yang lain?
Kamu ni bila nak berubah?

#muakdengansoalanbegini
10/3/15   8:30pm

Rabu, 4 Mac 2015

Ragam manusia

Petang tadi, aku pergi pasar dengan one of my member. Masa nak balik tu, aku stop dekat traficlight. Masa tengah tunggu lampu hijau, aku pandang la kiri kanan. Tiba2 aku nampak 1 kejadian ni. Ada satu family ni(bukan orang melayu) husband dia tuntun motor, wife dia ikut dekat belakang sambil gendong anak. Time tu aku kesian la dekat family tu. Kesian sebab motor rosak. Sampai je dekat seberang jalan, si husband start motor dan pergi macam tu je. Aku tergamam. Aku tengok la si wife pulak, dia pon tergamam. Anak yang dia gendong tu, tengokkan je si husband. Lepas tu si wife ni cari la tempat berteduh. Masa tu aku tak tau nak cakap apa. Kenapa husband dia pergi tinggalkan wife dia macam tu je? Kenapa agaknya?

Selasa, 3 Mac 2015

Hati bercelaru

Aku tak tau apa yang aku rasa sekarang ni. Semuanya bercampur baur. Otak aku kosong. Nak menangis tapi tak boleh. Nak menangis pasal apa pon aku tak tau. I want to be alone. I want to go somewhere that no one know me. Tapi ke mana?

Erti kahwin pada aku

Prinsip dalam hidup aku adalah, aku tak kan masuk ke alam perkahwinan sebelum umur aku 25 dan ke atas.
Sebab bila aku masuk ke alam tu, aku dah tak boleh bebas. Aku tak boleh nak buat semua benda.
Aku dah tanam kat diri aku, bila aku jadi isteri aku kena duduk rumah jaga family. Itu prinsip yang aku kena pegang. Kecuali ada sebab2 yang tertentu. (Itu aku akan tulis pada entri baru nanti.)
Sebenarnya, selagi aku tak ada rumah or kereta or senang kata, selagi aku tak kaya, belum masanya untuk aku kahwin. Tapi kalau dah sampai  jodoh, siapa yang boleh menolak.
#perbelitankata
#rasadown

Ahad, 8 Februari 2015

Musim masuk U

Musim tawaran IPTS dah sampai!!!! Masing-masing kibut sana sini, rambang mata, bangga sana sini bila dapat surat tawaran... bleeeghh... surat tawaran JE PUN... (well, i tau la surat tawaran JEPUN and MALAYSIA lain... ) tapi, u all tau ke yang semua menerima tawaran tersebut adalah suatu tindakan yang betul? I tak kata yang ianya adalah suatu yang salah. But cubalah, trylah, testlah fikir semula. Benda tu kan dah diterangkan cikgu" kita. (Siapa yang tak tu, tak tau la) kadang" kesian I tengok  ada yang bijak dan peluang untuk dapat IPTA and biasiswa cerah tapi tersalah buat keputusan. Siapa nak dipersalahkan? Tapi, I tak la nak cakap yang IPTS tu tak elok or apa" yang buruk, just bagi siapa yang tak berapa nak kaya tu botak la kepala nak bayar yuran. So... take a deep breath and think again and again. Wait till your result keluar... jangan buat keputusan dengan gelojoh, jangan risau kalau tak dapat IPTA sebab IPTS akan terus bagi surat tawaran sampai bulan 7(rasanyala)
#ragammanusia
11:07 AM 09021015

Khamis, 29 Januari 2015

Riak

Kadang" kita buat sesuatu kebaikan, are we sure that our kindnes is simcerly from the bottom of our heart? If yes, Alahamdulillah... syukur kepada Allah di atas rahmatnya kerana telah melindungi hati kita dari rasa RIAK. But, if not how? The conclusion is, cepat" beristighfar banyak". Sebab, bila kita teeruskan juga rasa 'rasa' tu, sia" je la apa yang kita dah buat tu.
#sekianuntukharini
#29012015

Isnin, 5 Januari 2015

Diri ini.

Aku tak reti nak bermadah, berkata-kata menggunakan bahasa melayu sastera juga bukan kemahiranku, aku bukan seorang yang pandai menggunakan bahasa pujangga dalam meluahkan apa yang di hati. Aku hanya meluahkan sesuatu yang aku rasa boleh dikongsi. Bukan hendak berlagak seperti bijak pandai, kerana aku tidak bijak apatah lagi pandai. Aku hanya meluah apa yang di hati, rasa dan yang di depan mata.

6jan15
2:26pm