Isnin, 11 April 2016

Cermin

Well, aku kenal someone...
Dia ni nak kata lebih kurang aku je... banyak ckp... asyik nak bercakap je klu ada kesempatan... but, time2 nak bercakap dia dengan aku lain... kalau aku riuh time lain, dia riuh time lain... tapi kalau time nak bagi pendapat or cerita pasal diri masing2 kitorang macam berlumba untuk cerita dan beri pendapat...
Kalau aku, memang la agak meluat sebab aku pun nak cerita gak... tapi kan, aku rasa dulu aku pun macam tu... tapi sekarang aku dah jumpa yang macam aku... dia macam cermin untuk diri aku sendiri... cermin yang menampakkan diri aku yang macam mana sebelum ini...
Dulu, kalau aku bercerita, macam cerita aku je yang best, asyik aku je la nak bercakap macam orang lain tu tak payah cakap pun tak apa... Tapi bila ada dia, bila aku kenal dia... now aku tahu macam mana aku yang dulu (or mungkin masih ada aku yang dulu pada diri aku)... mesti banyak menyakitkan hati orang.
Tapi, apa yang tak boleh tahannya pada cermin aku ni, dia benda yang dia tak berapa nak tau sangat pun dia nak buat2 macam dia yang paling tahu. Lepas tu bila orang nak bagi tau benda betul, dia boleh melenting... aku pun macam 'what the f**k with this guy/girl' dengar la dulu doh... Aku dah rasa nak mengamuk, but fikirkan dia kawan, aku pun macam slowtalk la sikit masa nak terang kat dia tu even aku ada naikkan la sikit 1 oktaf suara aku kat dia tadi. Serious tadi aku macam nak meletup dah...
Satu benda yang aku paling tak terima kata2 dia 'kau macam nak goda dia je' lepas tu dia buat bodoh je even tau aku tengah bengang. Dia buat bodoh macam aku tengah bengang dengan orang lain... serious rude gila... weh, serious aku ingat kata2 kau ni weh... kau nak kata aku perempuan apa doh? Kau fikir aku hadap dengan dia?
Serious aku ingat kata2 kau...
Ok... bye...

Khamis, 3 Mac 2016

Kawin

Kawin, satu benda yang paling... ditunggu tunggu oleh setiap orang. Manusia dicipta berpasang pasangan. So kawinlahhhh

Tapiiii

Bila dah mampu dan yakin dah sedia nak kawin. Sediakan duit, sediakan fizikal, sediakan mental. Baru boleh kawin. Oke?

Sabtu, 24 Oktober 2015

Final exam

Lusa saya dah start exam!!!!
26/10= TiTaS & BI,
31/10=MikroKomputer,
4/11= Pengenalan Perniagaan,
5/11= Prinsip Pengurusan,
6/11= MikroEkonomi
Semakin dekat exam semakin aku malas untuk Study. Macam mana ni? Noor Atira, kenapa boleh jadi macam ni? Nak perkara lepas jadi kembali? Nak reault yang teruk lagi? Cukup la dengan yang dulu. Nak sampai bila macam ni? Please stop buat benda BODOH lagi. Wake up! You can do it! You must do it!
24/10/15 SATURDAY 11:23pm

Selasa, 20 Oktober 2015

Diri Sendiri

Susahnya untuk menjadi diri sendiri. Aku rasa, aku takut untuk jadi diri sendiri. Sebab aku tahu, kalau diri aku yang sebenar tak elok. Tapi, aku rasa aku masih tak kenal dengan diri aku. Tapi sampai bila? Sampai bila aku nak tak nak kenal diri aku sendiri. Sampai bila aku nak ikut orang? Sampaikan kadang-kadang aku lemas dengan apa yang aku buat. Rasa semua tu pura-pura. Tapi untuk apa? Nak tunjuk kat orang yang aku ni bagus? Nak cari perhatian orang? Come on Atira. Be yourself. Show to everyone that you can be yourself. Show to then who you truely are. Don't give up to know yourself. Keep it up.
#beyourself
#21ftOct2015
#tuesday1:35am

Khamis, 15 Oktober 2015

Awak...

Awak, awak kawan saya... awak juga roomate, coursmate, classmate saya. Saya sayangkan awak. Tapi kenapa awak jadi macam ni. Saya sedih tengok awak sekarang. Di mana janji-janji awak dahulu? Kenapa benda yang lepas awak ulangi lagi. Awak tak takut ke dengan persepsi orang terhadap awak? Macam mana pula dengan persepsi Allah? Saya hanya boleh mengingatkan awak. Menegur. Tapi kalau apa yang saya katakan hanya bagai angin lalu nak buat apa?
Ku Shryrina Ku Amri, please... jangan ulangi kesilapan lama awak... Please mohon kembalikan rasa malu awak. Please, abaikan dia. Saya sayang awak...

Selasa, 10 Mac 2015

Membanding-banding

Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kerana kau yang selalu menjadi contoh. Memang senang kau cakap untuk minta aku berbuat baik kepadanya. Tapi kau tak ada di tempat aku. Selalu dia kata "cuba kau lihat yang lain tu". Mengapa dia masih tak faham dengan aku. Aku tak suka jika aku dibandingkan dengan orang lain. Itu bukannya cara untuk menyuruh aku berubah.

#akutaksukadibandingkandenganyanglain

10/03/15   8:37pm

Soalan yang Tiada Jawapan

Kamu ni ikut perangai siapa? Kenapa lain sangat perangai kamu ni dengan yang lain?
Kamu ni bila nak berubah?

#muakdengansoalanbegini
10/3/15   8:30pm