semua orang perlukan tidur.
semua orang juga pernah dengar pasal 'tidur dalam kelas.'
Pendapat aku:- tidur dalam kelas dan tertidur dalam kelas lain.
Tidur dalam kelas: samada, ada guru atau tidak didalam kelas, seseorang itu tidur dengan sengajanya. ini barulah dinamakan tidur dalam kelas. kegiatan beginilah patutnya perlu ditegur dan dimarahi.
Tertidur dalam kelas: perkara begini selalunya berlaku apabila seseorang itu kekurangan tidur, letih, panas, atau kelas yang dihadiri itu tersangatlah bosan. selalunya perkara begini tidak boleh ditahan. kadangkala kita tak perasan.
so, kesimpulan yang aku boleh buat ialah, janganlah terus marah. tengoklah situation.
p/s: this is what i think. my opinian. tak puas hati simpan dalam hati. :p
Isnin, 7 Julai 2014
Isnin, 23 Jun 2014
Kembalikan Hati Kepada ALLAh
Nov 10th, 2011 by Suhana Amiril.
Bismillah.

Pernah tak hati merasa gelisah sepanjang hari? Pernah tak merasa tidak senang duduk, seperti ada yang tidak kena atau pun belum lunas. Tapi masih, tetap kita tidak tahu kenapa kita boleh merasa begitu?
Atau kadang-kadang, kita tahu kenapa kita rasa resah begitu. Dan kita sendiri membuat andaian, itu mungkin teguran daripada ALLAh atas apa yang telah kita perbuatkan. Sama ada yang kita sengaja dan menyembunyikannnya dari keramaian, atau yang kita terlepas pandang lalu ALLAh bukakan hijab hati kita?
Saya pasti. Mesti pernah, kan. Saya pun pernah juga.
Kadang-kadang rasa resah itu sehingga menimbulkan rasa debar dihati. Memang suatu rasa yang langsung tidak menenangkan. Kemuncaknya adalah apabila kita mahu merebahkan diri di pembaringan, dan debaran resah itu kita dapat rasai dengan jelas.
Hati Resah Itu Tanda Isyarat
Selalunya dan kadang-kadang hati itu resah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan.
Bersyukur jika hati kita masih merasa gelisah sejurus selepas melakukan dosa dan kemaksiatan yang terzahir dan tersembunyi. Sebab itu adalah tanda bahawa hati kita ini masih hidup dan masih memiliki rasa seorang Muslim yang takutkan azab ALLAh dan memang merasa tidak senang akan kemaksiatan.
Itu salah satu isyarat. Isyarat bahawa hati itu masih cenderung pada fitrahnya yang bersih dan sedaya tidak menerima kekotoran, lalu menjadi gelisah; kerana mahu memohon ampun dari-Nya!
Kemaksiatan itu boleh terjadi dengan banyak cara. Hatta duduk di hadapan laptop saja sudah boleh mengundang banyak dosa dari pahala. Akhirnya nanti, mahukah kita menjadi orang yang tercelah? Maka, tanya diri sendiri.
Pasti hati itu akan menjawab dengan jujur atas setiap perbuatan.
ALLAh Yang Maha Berkuasa, punya banyak cara untuk menegur para hamba-Nya yang melakukan kesalahan besar dan kecil. Salah satunya, melalui resah hati.
Tapi, tidak semua manusia yang mengalami keresahan hati itu, cukup membuatkan dirinya meninggalkan apa yang dilakukannya; yakni yang mengundang dosa, resah dan gelisah. Maka jangan hairan jika ada manusia yang tetap bertahan dengan hati yang sentiasa resah. Yang akhirnya, hati yang resah itu memberikan kesan dalam hidupnya sehingga kehidupan sebenarnya menjadi serabut.
Manusia memang kebanyakannya degil kan? Hatta kepada ALLAh Ta’ala sendiri.
*tertunduksendiri*
*tertunduksendiri*
Teguran Yang Menundukkan Manusia
Ada waktu, ALLAh akan berikan teguran yang agak keras. Percaya?
Kadang-kadang ALLAh Ta’ala menegur para hamba-Nya dengan suatu teguran yang menyakitkan. Dan dengan teguran itu kita terhenyak, terjelepok dan sedar. Mungkin dengan cara ALLAh Ta’ala memberikan dugaan dengan sesama manusia yang membuka mata hati. Atau boleh jadi, mungkin ALLAh Ta’ala membuat manusia gagal dalam sesuatu perkara yang dilakukan. MashaAllah!
Pun begitu, bersyukurlah kepada-Nya, bila hati kecil yang dinodai ini masih dapat merasakan peringatan dari ALLAh Ta’ala dengan sesuatu keadaan yang sangat memukul hati. Dan dengan cara itu, kita menjadi seorang hamba yang tertunduk pada keagungan ALLAh Ta’ala. Lalu rasa kerdil menyerap dalam hati di hadapan ALLAh.
Jiwa Yang Mahu Dekat Kepada Rabbnya
Kawan-kawan.. Pernah merasa begini?
Merasa sedih tanpa alasan yang kita sendiri kabur mengenainya, kurang pasti kenapakah kesedihan yang bertandang dihati lalu sangat menyengat itu terjadi tanpa asbab yang kita kurang tahu atau pun tidak tahu. Atau pun merasa asing di tengah keramaian, ketika bersama keluarga dan rakan-rakan? Atau merasa bosan walhal hidup dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada?
Kadang-kadang semua itu terjadi kerana jauhnya jiwa kita dari ALLAh.
Sungguh.
Sungguh.
Kita ini, kadang-kadang terlepas pandang dan menyandarkan jiwa kita pada kebendaan yang wujud di hadapan. Menyandarkan rasa kebahagiaan kita kepada manusia tanpa mengembalikan rasa bahagia itu kepada ALLAh untuk memautkan jiwa yang kerdil ini kepada-Nya. Sebab itu, jiwa sering kali merasa kosong, gelisah, sedih yang kita sendiri tidak tahu asbabnya. Padahal, sebenarnya tautan jiwa kita dengan ALLAh Ta’ala makin goyah kerana lalai dengan nikmat dunia.
Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah, ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa itu akan ada jika manusia itu berusaha untuk sentiasa memperbaiki hubungannya dengan ALLAh Ta’ala. Dengan itu, inshaAllah jiwa menjadi tenang. Sebab, sumber ketenangan itu datangnya dari Dia.
Maka, mana mungkin Dia Yang Maha Pengasih tidak mengurniakan ketenangan dan kebahagiaan kepada hamba-Nya yang berusaha di atas nama-Nya, aite?
Pssst! Sahabat, kadang-kadang kita megah dengan perbuatan kita.
Tapi yang sebenarnya, hati kita sedang menangis sengsara, kan.
Tapi yang sebenarnya, hati kita sedang menangis sengsara, kan.
Kita mungkin boleh menipu manusia dengan topeng ceria dan kegembiraan kita yang terpapar di wajah. Tapi kita sesekali tidak akan dapat menipu diri sendiri. Sebab, diri sendirilah yang merasa sakit dan nikmatnya keadaan yang ALLAh Ta’ala berikan.
Hati itu ALLAh Ta’ala yang ciptakan,
jika hati itu semakin jauh dari Dia,
apakah kamu akan menyangka ia akan tenang seadanya,
sedangkan sumber ketenangannya berada jauh darinya.
jika hati itu semakin jauh dari Dia,
apakah kamu akan menyangka ia akan tenang seadanya,
sedangkan sumber ketenangannya berada jauh darinya.
Bawalah diri menunduk kepada kebesaran Tuhan,
bawalah hati untuk diserahkan kepada Tuhan.
bawalah hati untuk diserahkan kepada Tuhan.
http://cintailahi.com/tazkirah/kembalikan-hati-kepada-allah/
Khamis, 19 Jun 2014
Jumaat
'hari yang penuh barakah' kerana 'penghulu segala hari'
tapi, aku rasakan hari ini bagai hari yang penuh dengan dugaan.
1-result BI yang aq sangat harapkan dapat yang terbagus, tapi hampir yang paling teruk.
2-kena pergi program sahsiah diri.
3-dapat tahu yang sebenarnya, aku menjadi bahan bualan di bilik guru perempuan.
4-pengetua memberi ucapan yang sangat menjatuhkan maruah dan semangat batch 1997.
susah untuk memuaskan hati semua pihak. Mesti akan ada manusia yang ingin melihat jatuhnya kita.
kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah. Harus ada kekuatan untuk menempuh segala dugaan di sepanjang liku-liku kehidupan. Allah takkan memberi kita suatu dugaan yang kita tidak boleh selesaikan atau menanganinya. kerna Allah tahu kita mampu menempuhnya, maka Allah beri dugaan itu.
Maka, bersabarlah. kena bersabar itu adalah suatu yang indah.

Selasa, 22 April 2014
Pendidikan Al-Quran dan As_Sunnah
Tadi kelas PQS, ustazah masuk tajuk hukuman zina.
Pasal hukum hudud, Hal suami Isteri, tuduhan zina.
maklumat baru yang aku dapat.
"Lelaki yang tak mengaku anak yang berada didalam perut isterinya itu adalah kepunyaannya, ikatan nikah yang sudah terjalin. akan terputus buat selama-lamanya". dah tak boleh nak rujuk la maksudnya.

Rabu, 12 Mac 2014
There Are Many Problem
Bulan yang penuh problem.
Dengan my mom, teacher and member.
Aku rasa aku dah tak macam dulu, aku rasa terasing, sunyi, kosong.
Dengan my mom, teacher and member.
Aku rasa aku dah tak macam dulu, aku rasa terasing, sunyi, kosong.
Khamis, 2 Januari 2014
Selamat Tahun Baru...
"New year come again"
permulaan ayat summery aku untuk hari ini..
pagi-pagi lagi dah ada homework...
ingatkan bila hari firstday sekolah tak ada kerja yang dibuat..
Tapi... faham-faham la bila dah masuk tahun untuk SPM ni...
Tapi yang nak dibuat ceritanya untuk hari ini...
tengah syok-syok mengarang ayat untuk summery, tiba-tiba madam Ti datang depan aku...
than dia pegang lengan aku.. dalam hati.."madam ni dah kenapa? rindu sangat ke kat aku sampai pegang tak lepas-lepas ni."
tiba-tiba, dia tanya satu kelas... "siapa ada gunting?"
hatiku bertanya lagi" eh, madam nak buat apa dengan gunting? nak buat origami ke?"
Lepas tu baru la aku ingat.. aku ada bela kuku... kuku tu aku bela since sebelum cuti lagi.
masa tu la aku mula menggelabah... alahai kenapa gunting? dah tak ada cepit kuku ke?
rupannya dia memang sengaja nak guna gunting untuk "mencantikkan" kuku aku,...
hurm... redha je la...
habis kelas.. kawan-kawan aku tanya.. "eh tira.. kau dah buang dah ladang khinzir yang ko bela tu?"
dan aku hanya terdiam...

Langgan:
Catatan (Atom)